Uncategorized

Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on Tumblr

Pada bulan November 2016, Admin dan suami dijemput oleh pihak Management Shaklee Malaysia untuk menghadiri Shaklee Business Leader Meeting pada February 2018 yang diadakan di SCC (Sunway Convention Centre).

Selepas baca kandungan email , teruja betul mommy nak join sebab dengar kabar saintis Shaklee dari USA akan turut bersama memberi ulasan tentang produk dan hasi kajian landmark study. Tapi yang tak berapa best meeting kali ni memang tak boleh bawa anak. Jadi mommy dan suami tak boleh join bersama sebab tiada pengasuh anak anak. Maka salah seorang kena berkorban masa untuk anak , Jadi mommy akan jadi wakil mommykemai.com untuk menghadiri meeting ini.

Best juga seminar sebegini. Dapat peluang berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang biasa kita chit chat dalam whatsapp group sahaja. Kali ni seluruh leader dari semua pelusuk negara turun berkumpul di SCC.

MK bersama rakan-rakan seperjuangan 

Antara yang menarik topik yang dibincangkan dalam seminar ialah Tips untuk kekal jadi Pengedar Shaklee yang berjaya . Tak ramai yang berjaya kekal menjadi pengedar shaklee yang berjaya. Ada yang tahun pertama sahaja kekal dapat bonus bulanan sehingga 21% (bonus 4 angka hingga 5 angka) , namun tahun ke dua sudah senyap sepi tiada jualan kerana tidak konsisten berkongsi.

Jadi mommy nak kongsikan Tips Untuk Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya :

Niat untuk BANTU diri dan orang lain

Apabila kita mempunyai niat untuk diri dan bantu orang lain maka kita bukan hanya menjual produk semata-mata tetapi kita akan memberi konsultasi tentang nutrisi dan cara makan yang betul . Dengan itu pelanggan memahami kenapa mereka perlu amalkan suplemen untuk lebih sihat dan bertenaga. Ilmu sangat penting untuk dikongsi bersama.

Jadikan diri anda CONTOH yang baik

Contohnya jika kita fokus untuk jual Set Kurus . Tetapi kita sendiri tak amalkan produk tersebut susahla nak tunjukkan contoh yang baik. Malah penjual tersebut pula nampak gemuk . Sebaik baiknya kita sendiri amalkan dan kita sendiri jadi duta produk yang kita ingin jual.

Rajin Ke Seminar dan Banyak Berkongsi Ilmu Nutrisi

Sebagai pengedar kita perlu berkongsi banyak informasi tentang produk yang kita nak jual . Jadi perlu berusaha untuk belajar info produk . Pihak Shaklee menyediakan banyak seminar percuma untuk pengedar belajar tentang produk dan selok belok tips kesihatan . Namun anda sendiri yang kena berkorban kan masa . Kepada yang rajin menuntut ke seminar mempunyai cara konsultasi yang lebih berkesan . Bukan copy paste dari blog orang lain tapi nota yang diberikan disokong dari kajian saintis shaklee sendiri. Best kan.

MK bersama new starter kit tahun 2017 .

Perlu SABAR dan ISTIKAMAH

Sabar itu sangat penting dalam sesuatu perniagaan yang kita jalankan . Sekiranya pengedar fokus untuk bergerak secara online maka apa yang anda perlu buat ialah korbankan sedikit masa untuk update entry blog , instagram dan facebook anda. Kena istikamah dan konsisten dalam sesuatu perkara kerana keuntungan bukan datang dalam sehari dua . terutama sekali jika membuat perkongsian melalui blog atau instagram. Pembaca akan melihat betapa konsisten pengedar membuat perkongsian barulah dapat bina TRUST di kalangan pembeli.

JANGAN GIVE UP

Dalam perniagaan apa pon, pelbagai onak duri akan datang di awal perjalanan kita . Namun mereka yang tidak putus asa sahaja yang dapat teruskan perniagaan mereka. Sekiranya cepat putus asa maka belum sempat kita kecapi pelbagai bonus dan benefits yang Shaklee berikan kita sudah stop sharing. Jadi sampai bila bila pon kita hanya dapat lihat orang lain berkongsi kejayaan sedangkan kita masih di tahap yang sama. Jadi dont give up ok 🙂

Alhamdulillah kini mommy masih bertahan walaupon pelbagai cabaran yang mendatang. Tak sangka tahun ni dah masuk tahun ke 8 mommy jadi pengedar shaklee secara online . Syukur masih bertahan untuk menjadi pengedar shaklee yang sentiasa up-to-date dalam berkongsi tentang tips kesihatan dan kecantikan kepada semua.

Sebenarnya pendorong utama mommy utk terus berkongsi ialah kerana berasa seronok bila dapat bantu kawan-kawan lain memperolehi tahap kesihatan yang baik. Lebih-lebih lagi bila dapat bantu surirumah untuk jana pendapatan tambahan dari rumah. Seronok kan. Sebab itu lah walaupon penat setara mana sekali pon ,insyaAllah response whatsapp ke fb mesej ke tetap dibalas jika anda ingin bertanya tentang shaklee .

Teringat pula kata-kata ucapan dari CEO Shaklee Corporation Mr Roger Barnet :

DREAM BIG
Start Small
But most importantly, START!

Anda berminat nak beli produk shaklee?

Mommy sediakan link esell mudah ini untuk pembelian mudah di atas talian . Anda boleh menggunakan kredit kad atau kad debit untuk pembayaran .klik link esell di bawah. Penghantaran dalam 2-3 hari (weekdays) selepas pembayaran disahkan.

cara order shaklee

Selepas pembayaran dibuat , Hubungi MK melalui SMS/Whatsapp ke 010-2755586 untuk menerima Jadual Pemakanan 5 Suplemen Kurus Di Pejabat .

Atau bagi mereka yang tidak mempunyai kad debit atau kad kredit . Anda boleh hubungi kami untuk membuat pesanan.

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi mommykemai79@gmail.com atau SMS/WA/Telegram ke 010.275.5586 (Mai)

Masukkan ID MK sebagai penaja : 820868 jika anda ingin mendaftar keahlian secara ekspres (Express Enrollment) “Join Now” di www.shaklee.com.my.

 

 

 

1 thought on “Tips Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge