Tips Biz & Motivasi

Kelas Blog Bersama Cikgu Eizil

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on Tumblr
Gambar Kenangan bersama ahli ahli Shaklee yang join kelas blog 15 Oct 2016
Gambar Kenangan bersama ahli ahli Shaklee yang join kelas blog 15 Oct 2016

Alhamdulillah diberi peluang untuk menghadiri kelas blog bersama cikgu Eizil . Pada mulanya ada pelbagai halangan , hati macam berat je nak pergi. Biasalah hari minggu anak-anak request macam-macam dari pagi. So awal pagi lagi mommy dah bertempur di dapur untuk menyediakan juadah untuk anak-anak.

Bila tengok jam di dinding sudah hampir pukul 10a.m sedangkan kelas mula pukul 10am. Warghh masa tu macam ada satu suara yang berbisik.. Mai .. better ko pergi je ..Ilmu bukan selalu datang bergolek macam ni!

So cepat cepat bersiap dan bila nak keluar start enjin kereta. Si Ameer pula berlari lari nak ikut. Dalam hati mula la gundah gulana, kalau bawa Ameer confirm susah nak fokus dalam kelas. Risau juga. Tapi hati ibu mana yang sanggup tinggalkan anak yang dah nangis depan pintu siap meronta ronta tu. So mommy pon cepat cepat suruh Ameer tukar baju dan seluar biar segak sikit . Akhirnya jam 1030am baru bertolak dari Seri Kembangan.

Myvi ku pecut dengan kelajuan sederhana sebab bawa budak kan. Kalau tadek budak budak ni confirm pecut laju hehe. So akhirnya mommy tiba di kelas hampir pukul 11am. Berjaya juga menimba ilmu blogging walaupon agak lewat masuk kelas.

Alhamdulillah anak-anak pon behave sikit . Tadek bising bising masa kelas berlangsung. Mujur pihak Shaklee sediakan kids area yang banyak permainan supaya anak-anak pon ralik bermain dengan rakan sebaya mereka. cuma satu je mommy nak pesan kalau bawa anak-anak ke Shaklee korang bawa la jajan or makanan supaya anak anak tidak kelaparan. Mcm mommy tadi sempat singgah kiosk dekat M floor tu untuk belikan roti favorite dan mineral water untuk anak-anak.

Ok serba sedikit info yang mommy belajar di kelas tersebut:

  • Kena yakin pada diri sendiri dan perlu ada jadual blogging sendiri
  • Jangan MALAS ( ni yang susah nak buang …hehe ganbarouu!)
  • Bagaimana untuk dapatkan idea untuk blogging ( yg ni tips menarik!!)
  • tips untuk menjadi kekasih google
  • Elak copy paste ayat blogger lain
  • cara berkesan untuk mendapat rating di pencarian google ( yang ni ILMU paling MAHAL kot hehe teknikal kena tahu juga kalau tak sampai bila pon orang tak kenal blog kita )

InsyaAllah mommy akan peratikkan . baru nak masuk gear 1 ni hehe blog asyik bersawang sejak mula kerja . dan kebetulan laptop buat hal tu yang terbantut aktiviti blogging mommy.

Semoga niat ku untuk bantu orang ramai makin bertambah sihat dan cantik melalui perkongsian di blog ini akan diberkati oleh Allah SWT dan semoga mommy sentiasa diberi kesihatan dan masa untuk meneruskan perjuangan ini. Amin 🙂

Untuk Info & membuat pesanan produk shaklee . Boleh hubungi mommy melalui whatsapp ke 0102755586 .

1 thought on “Kelas Blog Bersama Cikgu Eizil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge